Monday, 25 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sagil,Ledang 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sagil, Ledang 2011

Perasmian oleh:
Tn.Hj. Amran Bin A.Rahman
Pegawai Daerah Ledang

Tarikh : 23 April 2011
Masa : 8.00 pagi-1.30 petang
Tempat : Dewan Ikram , SMK Sagil, Ledang

Pada tarikh dan masa seperti di atas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan jayakan dengan menyempurnakan mesyuarat kali ke-15 dengan kerjasama daripada semua warga SMK Sagil, Ledang. Pelajar Pendidikan Khas telah dipertanggungjawabkan untuk membuat persembahan pada hari tersebut.  Sebagai salah satu usaha penglibatan pelajar dengan komuniti, mereka berusaha untuk melakukan yang terbaik.  Pelajar telah mempersembahkan persembahan nasyid sebagai pembukaan majlis pada hari tersebut.











Monday, 18 April 2011

Program Pemilihan Atlet Pendidikan Khas Daerah Muar Fasa II

Tarikh : 13, 14 dan 15 April 2011
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Bukit Pasir

Pada fasa II latihan pusat Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor tahun 2011ini, pemilihan atlet adalah berdasarkan kepada komitmen pelajar, displin pelajar, prestasi pelajar dan usaha mereka untuk mewakili daerah Muar.






Program Pemilihan Peserta Daerah Muar Sempena Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2011

Seorang  pelajar Program Pendidikan Khas SMK Sagil, Ledang iaitu Siti Amira Binti Kaulani telah terpilih untuk mengikuti program pemilihan peserta daerah Muar sempena Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2011 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6, 7 dan 8 April 2011
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Bukit Pasir.

Latihan merupakan salah satu inisiatif para guru untuk meningkatkan stamina pelajar agar lebih cergas.  Teknik dan kemahiran yang diterapkan merupakan teknik asas bagi seorang atlit padang dan balapan.  Kemahiran dan teknik yang diajar diharap dapat membantu pelajar agar menjalani latihan lebih terarah dan memberi pengajaran dan pengalaman  baru kepada pelajar . 

Latihan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.