Sunday, 20 February 2011

Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan Malaysia yang berilmu pengetahuan, ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan.

Falsafah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan (1996) telah menggariskan Falsafah Pendidikan Khas yang bersifat progresivisme

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi
Jabatan Pendidikan Khas 

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Misi
Jabatan Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Motto
Jabatan Pendidikan Khas

Kecemerlangan insan istimewa kegemilangan bersama.

Piagam Pelanggan Pendidikan Khas

Kami Jabatan Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menguruskan dan mentadbir program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar untuk:

1. Menyediakan program Pendidikan Khas yang berkemahiran, berhaluan, berdikari, berupaya merancang     dan menguruskan kehidupan yang bermakna;
2. Melaksanakan proses penempatan dan pertukaran  murid/pelajar pendidikan khas dalam tempoh satu bulan selepas tarikh permohonan diterima;
3.  Melaksanakan proses penempatan dan pertukaran pegawai perkhidmatan pakar, tenaga pengajar dan pembantu guru Pendidikan Khas mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan secara adil serta memaklumkan kepada yang berkenaan dan tempoh dua minggu sebelum tarikh melapor diri;
4.  Menyediakan kurikulum dan kokurikulum yang releven dan sesuai mengikut keupayaan dan keperluan murid Pendidikan Khas.
5.  Mengurus dan memberi latihan khusus dan pakar serta kemajuan staf kepada guru-guru, pegawai dan staf sokongan Pendidikan Khas;
6.  Menyebar luas maklumat tentang peluang-peluang menikut kursus dalam dan luar negara kepada guru-guru, pegawai dan staf sokongan Pendidikan Khas;
7.  Memberi maklumat terkini, khidmat nasihat dan kepakaran kepada masyarakat berkaitan Pendidikan Khas secara berterusan;
8.  Memberi respon kepada aduanserta teguran dan tempoh dua minggu daripada tarikh diterima;
9.  Menghasilkan perancangan yang menyeluruh program Pendidikan Khas mengikut keperluan semasa;
10.  Menyediakan perancangan kemudahan fizikal dan peralatan yang mencukupi bagi sekolah-sekolah Pendidikan Khas mengikut norma yang telah ditetapkan;
11.  Memastikan dasar/pekeliling dan garis panduan berkaitan Pendidikan Khas disebar dalam tempoh satu bulan;
12.  Menyebarkan maklumat dan data Pendidikan Khas yang terkini, jelas dan tepat sebelum bulan Jun setiap tahun;
13.  Mempastikan peruntukan kewangan mencukupi dan diagihkan secara adil ke sekolah-sekolah Pendidikan Khas sepuluh ahri daripada tarikh penerimaan waran dan
14.  Mempastikan bekalan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi mencukupi dan sesuai dengan keperluan program Pendidikan Khas. 

Model konseptual kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) 

Kurikulum PKBP digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid yang spektrum keupayaan yang ringan , sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tertinggi hingga rendah. Oleh itu rekabentuk model yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada murid dengan berlandaskan 3 prinsip utama:

1. PENDIDIKAN MENYELURUH DAN BERSEPADU bertujuan memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai displin secara kolaboratif dan bersepadu.

2.  PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA menrujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana pembelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiaran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.

3.  PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu.Berpandukan matlamat dan objektif dalam kurikulum ini, antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah:

i.  Analisis tugasan
ii.  Belajar melalui bermain
iii.  Pengajaran bertema
iv.  Pembelajaran pengalaman
v. Pembelajaran masteri
vi.  Pendekatan kolaborasi
vii.  Kumpulan pelbagai displin




No comments:

Post a Comment